Melaka, 15 Jun – Seorang nenek
berusia 59 tahun dikatakan trauma apabila hampir dirogol oleh seorang lelaki
yang mengancam akan kembali untuk melakukan perkara tersebut kepadanya selepas
kejadian berlaku.
“Saya trauma,” kata Halimah
Ismail, 59.
Dalam kejadian yang berlaku
kira-kira jam 4.00 pagi Jun lalu, Halimah yang sedang tidur terkejut apabila
menyedari seorang lelaki sedang berada di atas badannya.
"Saya
menjerit meminta tolong.
"Dia mengambil sebuah bantal dan menutup mulut saya sambil memegang
kedua-dua tangan saya dengan kuat" kata Halimah, yang merupakan ibu
tunggal kepada empat anak.
Halimah
yang mempunyai enam orang cucu itu berkata, lelaki itu cuba menanggalkan kain
sarung yang dipakai olehnya tetapi dia bertindak menghalang dengan bertindak
mengikat kakinya dengan kuat.
Menurutnya
lagi, keadaan ketika kejadian berlaku sangat gelap tetapi dia dapat
mengambarkan keadaan lelaki itu yang berbadan kurus serta berkepala botak dan
mempunyai bau badan yang sangat busuk.
Dalam
pada itu, wanita berkenaan amat bersyukur kerana lelaki itu bertindak melarikan
diri tanpa sempat melakukan apa-apa perbuatan terhadap dirinya.
Akibat
dari kejadian itu, Halimah mengakui dia sudah tidak lagi tidur dibilik
berkenaan dan meminta anaknya yang berada di Jasin lebih kerap pulang ke
rumahnya kerana bimbang lelaki itu akan kembali menceroboh kediamannya.
"Saya
tidak tidur di bilik itu lagi. Saya sekarang tidur di ruang tamu,"
katanya, sambil menambah bahawa dia kini tidur dengan memakai seluar berbanding
sebelum ini dengan hanya berkain sarung.
"Saya juga meminta anak perempuan bongsu saya yang berusia 28 tahun
dan tinggal di Jasin supaya kerap pulang ke rumah," kata Halimah.
Laporan
polis telah dibuat di Balai Polis Melaka Tengah dan dia percaya lelaki tersebut
masuk ke rumahn dengan memanjat tingkap dari biliknya.
Pegawai
Kanan Siasatan Polis Melaka Tengah, ACP R. Kumares berkata, polis sedang
memburu penjenayah itu.
"Kita percaya lelaki berkenaan dari kampung yang sama,"
katanya. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor