Tudung Jenama "Fareeda" Punya Penangan...

Tidak dapat dinafikan bahawa fesyen dan jenama tudung "Fareeda" mendapat sambutan hangat dari orang ramai di seluruh negara. Menempa nama dalam industri busana muslim sudah tentu bukan mudah dengan persaingan sengit dari jenama-jenama lain yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Meskipun pernah terpalit dengan kontroversi yang mengatakan tudung jenama Fareeda tidak memenuhi konsep menutup aurat di dalam Islam kerana terlalu singkat, jarang dan sebagainya, kegilaan pada jenama ini begitu ketara sejak kebelakangan ini.

Paling menarik, ada pelanggan yang sanggup tidur di luar butik dan beratur panjang menunggu giliran untuk "shopping sakan", mendapatkan tudung-tudung fesyen terkini keluaran syarikat tersebut.





KedahNews.com menjangkakan "fenomena" luar biasa itu hanya berlaku di Lembah Klang, namun jangkaan kami meleset apabila keadaan yang sama juga berlaku di cawangan-cawangan Fareeda yang lain seperti di Kelantan dan Pulau Pinang!

Sebetulnya, kami sendiri tidak tahu apa yang istimewa sangat dengan tudung jenama Fareeda ini. Namun mungkin jawapan yang meyakinkan boleh kita peroleh dari makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik kita yang "gila"kan tudung jenama ini, bukan?

Lihat saja keletah mereka demi mendapatkan tudung Fareeda di bawah... - KedahNews.com