Filipina, 4 Jun - Sekiranya anda
diberi peluang untuk mendapat urutan secara percuma yang dilakukan oleh
beberapa ekor ular sawa, adakah anda berminat untuk mencuba urutan tersebut?
Jika anda berminat, sebuah Zoo
Bandar Cebu di Filipina ada menyediakan perkhimatan urutan tersebut untuk para
pengujung yang datang melawat ke kawasan tersebut.
Menurut pengurus zoo, Giovanni
Romarate, urutan percuma ini merupakan satu usaha untuk menarik pengunjung
datang ke sini di samping dapat menjalinkan hubungan interakfif bersama haiwan
yang terdapat di dalam zoo ini.
“Petugas zoo akan mengingatkan
anda agar tidak menghembuskan nafas pada ular tersebut kerana ia umpama cubitan
pada haiwan itu. Anda juga tidak boleh menjerit meminta tolong kerana ia akan
merasakan getaran anda sekaligus menyangka anda sebagai mangsa atau pemangsa,”
ujar seorang pelancong, Lan Maclean.
Empat ekor ular iaitu Walter, Ej, Daniel, dan Michelle akan bertindak sebagai tukang urut di zoo berkenaan.
Para pelancong tidak perlu risau kerana setiap ekour ular akan diberi makan 10 ekor ayam terlebih dahulu sebelum menjalankan urutan kepada mereka.
Di sini Kedah.News.com berkongsi video bagaimana urutan itu di jalankan. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
http://www.youtube.com/watch?v=-1gBg29eFzM#t=38