Tidak dinafikan laman sosial
Facebook menjadi ‘diari’ bagi sesetengah individu khususnya untuk meluahkan
perasaan yang terbuku di hati mereka melalui status yang dikemaskini saban
hari.
Ada juga yang sentiasa memuatnaik
gambar aktiviti mereka sepanjang hari untuk tatapan rakan-rakan.
Namun, adakah semua orang mampu
bersikap jujur dengan setiap kata yang diluahkan di Facebook?
Atau status yang dimuatnaik itu
sekadar untuk menyembunyikan kesedihan dan memberi gambaran palsu kononnya
kehidupan kita sentiasa gembira seperti orang lain?
Video yang kami kongsikan ini
adalah realiti hidup pengguna Facebook yang tidak kita jangkakan. Saksikan.
Sumber: Mynewshub.my