Shah Alam – Seorang remaja yang
dipercayai bawah umur memberi alasan yang tidak masuk akal apabila disoal oleh pihak berkuasa ketika ditahan dalam satu
operasi rempit di Shah Alam.
Remaja ini ketika menjawab soalan
pihak berkuasa berkata, dia berasal daripada negeri Kedah dan ketika ditanya
tempat kelahirannya di Kedah, remaja tersebut menjawab dia tinggal di daerah Temerloh di Kedah.
Alasan yang diberi oleh mat rempit
muda ini amat melucukan. Difahamkan remaja ini menggunakan motosikal milik
bapanya ketika bapanya sedang tidur di rumah.
Dalam video berdurasi 2.37 saat
ini juga, sebuah pemilik kenderaan yang mengubah suai kenderaannya turut
ditahan kerana tidak memiliki lesen dan memberi pelbagai alasan untuk
mengelakkan diri dari ditahan penguatkuasa.
Remaja yang telah ditahan akan di
bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk di soal siasat dan sabit
kesalahan boleh dipenjara selama 5 tahun atau denda sebanyak RM3,000 ringgit di
sabitkan kesalahan.
Dalam operasi yang dijalankan itu
lebih 500 kenderaan telah diperiksa dan 135 saman telah dikeluarkan serta 82
kenderaan turut disita. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor