Video Kompilasi Pelajar Perempuan Bergaduh: Mereka Mungkin Adik Anda!

Sebetulnya kejadian pergaduhan di kalangan pelajar-pelajar sekolah, sama ada membabitkan pelajar lelaki atau perempuan sememangnya sering berlaku di dalam kawasan sekolah mahupun di luar.

Bagaimanapun, insiden-insiden seperti itu dipercayai begitu cepat "ditutup" dari pengetahuan pihak luar sekolah oleh pengurusan Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru.

Meskipun begitu, beberapa pelajar yang kononnya "terlalu bijak" dan "hebat" telah merakam dan memuatnaik klip-klip video "aksi melampau" mereka di laman sosial tanpa sebarang rasa bersalah.

Bersangka baik, KedahNews.com cuba menjustifikasikan penyiaran video-video itu bagi memberi pengajaran pada pelajar lain supaya tidak melakukan aksi "melampau" yang serupa.

Cuma KedahNews.com tertanya-tanya, apa rasional pihak tertentu menyembunyikan sikap pelajar-pelajar sekolah yang semakin biadap, kurang ajar dan ganas di zaman ini?

Kami percaya, sekiranya klip video sekumpulan pelajar perempuan yang membelasah seorang rakan mereka tidak tersebar dan "meletop" di laman-laman media sosial, berkemungkinan kes berkenaan akan "didiamkan" begitu saja tanpa sebarang tindakan tegas.

Berikut adalah beberapa kompilasi klip video pergaduhan yang membabitkan pelajar-pelajar perempuan yang bergaduh sakan dan dimuatnaik ke laman-laman Youtube dari beberapa negeri di Malaysia.

Saksikan sendiri. Manalah tahu pelajar-pelajar di dalam klip tersebut mempunyai hubungkait dengan anda, bukan? -KedahNews.com