Video Lucah Sebelum Seks Di Rumah Urut



PETALING JAYA - Sebuah pusat urutan di Sunway Mentari diserbu buat kali kedua dalam tempoh 15 hari oleh pihak berkuasa Bahagian D7 (Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor selepas dikesan menyediakan khidmat seks.

Dua minggu lalu, pusat pelacuran yang berselindung disebalik papan tanda perkhidmatan urut tradisional itu telah diserbu dan enam warga Vietnam ditahan.

Bagaimanapun, pemiliknya seolah-olah tidak serik malah meneruskan aktiviti seperti biasa dengan menarik pelanggan menerusi tayangan video lucah sebelum pelacur menjalankan khidmat mereka.

Ketika serbuan dilakukan, seorang pelanggan sedang leka menonton adegan di paparan skrin besar seperti berada di panggung wayang, manakala beberapa lelaki lain n sedang melakukan aktiviti seks.

Hasil serbuan, polis telah menahan tiga wanita warga China dan seorang Vietnam, salah seorang daripada mereka mempunyai pasport. Turut ditemui kondom yang disediakan untuk pelanggan.

Pelanggan yang ditahan turut dibawa ke balai bagi membantu siasatan.

Harga pakej urutan RM90, manakala harga untuk aktiviti seks mengikut persetujuan pelacur. - Mstar