Video: Makhluk Halus Dalam Botol


Dalam Al-Quran yang dimaksudkan dengan mahluk halus ialah ialah makhluk ciptaan Allah S.W.T tanpa berjisim yang pada kebiasaan tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau disentuh dengan tangan.Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib.

Makhluk-makhluk ini adalah asal kejadian daripada cahaya. iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang berasal daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan, dan sebagainya.

Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah S.W.T. Dalam surah Al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah S.W.T :
“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”
Sekiranya  diganggu oleh makhluk-makhluk seperti ini kebiasanya kita akan meminta pertolongan daripada pengamal perubatan untuk membuang gangguan yang mendatangkan keburukan kepada diri kita dan keluarga.

Bagi makhluk yang sering menganggu manusia, hukuman yang diterima oleh para pengamal perubatan Islam adalah dikurung di dalam botol selepas di tangkap.

Di sini KedahNews.com ini berkongsi satu video yang mendakwa seekor toyol yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol meronta-ronta untuk dilepaskan.

Bukti kesahihan mengenai kebenaran video tersebut tidak dapat pihak KedahNews.com kerana di dalam dunia yang serba canggih ini pelbagai teknik dan kaedah dapat dilakukan bagi menarik minat pengemar media sosial untuk menonton setiap video yang dimuatnaik. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor