VIDEO: Nyonya WSJ 7991 "Buat Perangai" Pada Polis Trafik!

Segelintir rakyat Malaysia suka memandang serong pada polis trafik. Sebelum ini, KedahNews.com pernah mendedahkan laporan mengenai seorang pegawai trafik yang dihina sebagai "anjing sapu jalan".

Klik di sini untuk cerita tersebut. Namun kali ini lain pula ceritanya...

Kali ini kami menyiarkan dua klip video yang memaparkan sikap seorang "nyonya" yang bengang habis apabila dia disaman oleh pegawai trafik, berkemungkinan besar disebabkan oleh nombor plat kenderaannya yang tidak memenuhi spesifikasi undang-undang.

Mungkin terlalu berang, "nyonya" yang dipercayai pemilik kenderaan mewah jenis Toyota Alphard, nombor pendaftaran WSJ 7991 itu berlagak bagaikan pegawai trafik dan cuba menahan seberapa banyak kenderaan yang lalu di jalanraya.

Melihat telatah yang seakan-akan "poyo" nyonya itu, kami yakin dia berjaya membuat pegawai trafik sebenar yang sedang menjalankan tugas seolah-olah "menyampah" dengan sikapnya.

Kasihan juga KedahNews.com terhadap pegawai trafik yang hanya menjalankan tugasnya itu. Nyonya itu seolah-olah sengaja melakukan provokasi pada tugasnya dan dia hanya mampu bersabar dengan perangai buruk wanita tersebut.

Lebih meloyakan, dia memaksa pegawai polis trafik berkenaan memeriksa kenderaan proton satria di sebelahnya dan mempertikai sama ada nombor plat pada kenderaan tersebut memenuhi spesikasi yang ditetapkan.

Dia kena saman, dan dia seolah-olah mahu orang lain juga disaman sepertinya? Apa pandangan anda dengan sikap individu yang sebegitu? Busuk atau wangi hati perutnya?

Di sini kami siarkan klip video yang dimuat turun Daniel Tan, yang kami yakin turut menjadi "mangsa" nyonya WSJ 7991 itu...