Video: Tak Senonoh, Wanita Perah Susu Badan Untuk Boss...

Seorang setiausaha dari sebuah syarikat luar negara telah dibuang kerja gara-gara menyediakan ‘susu segar’ terhadap majikan yang berjaya dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di penjuru ruang dapur(pantry) pejabat itu.

Rakaman CCTV yang telah dimuatnaik dilaman Youtube bertajuk, “Secretary Made Coffeemilk for her Boss By Her Breastmilk” menarik minat 261,112 pengguna laman itu menonton video tersebut.

Video yang berdurasi satu minit lima puluh empat saat itu menunjukkan seorang wanita dipercayai setiausaha di syarikat itu bertindak mengangkat baju dan memerah susu dari payudaranya untuk menyediakan minuman yang diminta oleh majikan di pejabat tersebut.

Menurut sumber, wanita itu tidak menyedari perbuatannya telah dirakam melalui CCTV yang diletakkan di penjuru pejabat berkenaan. Akibat dari perbuatannya, dia dilaporkan telah dipecat serta merta oleh majikannya.

Di sini KedahNews.com kongsikan video tersebut dengan para pembaca dan diharap aksi yang dilakukan oleh wanita dibawah tidak ditiru dan dijadikan iktibar.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor