Kanada, 30 Jun – Gara-gara ingin
menyelamatkan beberapa ekor anak itik di atas jalan, seorang wanita, Emma
Czornobaj,25 , berkemungkinan akan dipenjara seumur hidup.
Tindakan menghentikan kenderaannya
secara mengejut di atas jalan raya untuk menyelamatkan anak-anak itik tersebut
telah mengakibatkan kematian ngeri dua beranak, Andre Roy, 50, dan Jassie, 16
yang melanggar kenderaan wanita itu dari belakang.
Dalam perbicaraan yang
dijalankan, Emma telah didapati bersalah atas kesalahan yang dilakukan sehingga
menyebabkan kematian empat tahun lalu dan berkemungkinan besar boleh dipenjara
seumur hidup.
Walau bagaimanpun, peguam Emma
telah melakukan rayuan terhadap pihak mahkamah agar mengurangkan hukuman
terhadap wanita itu kerana tindakannya berhenti secara mengejut semasa kejadian
adalah bertujuan untuk memyelamatkan binatang.
Selain itu, pihak pembela juga
mengatakan kepada mahkamah ketika kejadian berkemungkinan besar Andre telah
memandu kenderaannya dengan laju dan menegaskan kemalangan tidak mungkin akan
berlaku sekiranya lelaki itu mematuhi kelajuan yang ditetapkan di sana.
Apa yang dapat KedahNews.com katakan ialah kepada semua
pengguna jalan raya yang mempunyai sifat-sifat keperihatinan yang tinggi tidak
kira kepada manusia mahu pun binatang,’ berfikirlah sebelum bertindak dan anda
mampu mengubahnya’. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor