Seorang wanita
telah ditahan oleh pihak berkuasa negara Perancis atas tuduhan membunuh
suaminya serta bertindak memasak alat kelamin, hati serta hidung mangsa.
Wanita yang berusia 71 tahun itu
digelar ‘Hanibal Lecter Woman’ telah memukul suaminya yang berusia 80 tahun
dengan mengunakan lesung batu.
Menurut sumber yang diperolehi
oleh media di Perancis, selepas wanita itu membunuh suaminya 22 Mei yang lalu,
dia telah mengambil beberapa anggota badan mangsa dan bertindak memasukan ke
dalam sebuah periuk di kediamannya mereka untuk dimasak.
“Suspek memasak hati, hidung dan alat kelamin di dalam
periuk namun kami tidak pasti jika dia memakannya,” kata Ketua Hakim semasa
perbicaraan dijalankan di sini baru-baru ini.
Tindakan wanita itu dipercayai mempunyai persamaan
dengan watak ‘Hanibal Lecter Woman’ menerusi sebuah filem ngeri yang telah
ditayangkan pada tahun 1991 bertajuk ‘The Silence Of Lamb’ yang dilakonkan oleh
Antony Hopkins sebagai kanibal.
Peguam wanita itu, Caroline Depretz, telah memberi keterangan
mengenai suspek yang mengalami masalah gangguan emosi ketika melakukan perkara
tersebut.
“Ia perbuatan orang kurang waras,” jelasnya semasa
prosiding dijalankan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor