Wanita Tergadai Maruah, RM10,000 Ditipu Duda Di Laman Sosial #KedahNews


Foto

Johor Bharu, 6 Jun – “Sudah jatuh ditimpa tangga” itu perumpamaan yang dapat diberikan kepada seorang wanita berusia 38 tahun apabila ditipu oleh seorang duda yang baru di kenali melalu laman sosial Tagged.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, dirinya bukan sahaja ditipu apabila wang miliknya berjumlah RM10,000 yang diperolehi selepas menerima pampasan daripada majikannya dulu dilarikan, malah maruahnya juga turut tergadai oleh lelaki berkenaan.

Ayu berkata, dia berasa amat sakit hati atas perbuatan yang dilakukan oleh lelaki tersebut tetapi mengakui apa yang berlaku adalah kelipan sendiri kerana mudah mempercayai duda yang baru dikenalinya itu.

“Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya.

“Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Ayu, dia sebelum ini pernah bertunang dan telah putus 7 tahun yang lalu sebelum terpedaya dengan lelaki yang baru dikenalinya melalui laman sosial Tagged itu.

Dia telah membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Kulaijaya berhubung kejadian yang berlaku.- KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor