Ampang Jaya – Seorang
ibu tunggal berusia 52 tahun menerima padah apabila tindakannya menghantar
gambar bogel kepada seorang kenalan yang baru dikenali di internet mengugut
untuk menyiarkan gambar tersebut sekiranya pemintaan lelaki itu tidak dipenuhi.
Mangsa yang mahu dikenali
sebagai, Chew berkata, lelaki berkenaan, Benjamin Federico, 54, bertindak
mengugut akan menyebarkan gambar tersebut sekiranya wanita itu tidak
menyerahkan wang sebanyak USD5,000 (RM16,000).
Chew yang bekerja sebagai eksekitif
jualan berkata, dia mengenali lelaki tersebut melalui satu laman temujanji
online di mana beberapa kawannya telah menemui jodoh di situ.
Akibat terlalu percayakan
lelaki yang mendakwa bekerja sebagai seorang doktor haiwan, Chew bertindak
terus menghantar gambar bogelnya kepada Federico yang sebelum ini telah
berjanji akan berkahwin dengannya.
Disebabkan bimbang gambar
bogelnya akan tersebar, Chew bertindak membuat satu laporan polis di Balai
Polis Ampang Jaya, baru-baru ini.
Pihak polis ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh wanita berkenaan dan akan
menjalankan siasatan berhubung kes yang diterima. –KedahNews.com/Mohd Shahir
SHukor