Warga Vietnam Bakal Digantung Sampai Mati

Alor Setar, 3 Jun – Seorang wanita berwarganegara Vietnam telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati  semalam selepas didapai bersalah mengedar jenis Methaphitamine dua tahun lalu.

Tertuduh Nguyen Thi Thu, 45 , didakwa mengedar dadah jenis Methaphitamine seberat 3,245.3 gram di laluan bas dan perjalan kaki, kompleks imigresen Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 5 Mei 2012.

Bagi kesalahan itu, dia telah disiasat menurut seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bersama Seksyen 39(B) (2) Akta yang sama yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati.

Persuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhankan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan telah membuat rayuan supaya kes berkenaan dibicarakan semula.

Mohd Zaki dalam penghakimannya menyebut, mahkamah membenarkan rayuan tersebut dan kes berkenaan dibicarakan semula.

“Sebelum kejadian, tertuduh telah pergi ke Kemboja untuk melancong. Sebaik tiba di sana, dia telah mengenali seorang wanita warga Vietnam yang meminta pertolongan supaya dihantar suatu barang ke Malaysia.

“Tertuduh kemudiannya bersetuju untuk melakukan penghantaran itu dengan segela pembiayaan di tanggung oleh wanita tersebut,” katanya lagi.

Tertuduh kemudiannya menaiki sebuah bas ke Thailand dan memaklumkan akan dijemput oleh seseorang untuk pergi ke Kuala Lumpur.

“Setelah dipertimbangkan, saya dapati pembelaan tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah.

“Dalam keadaan sedemikian, hanya satu hukuman yang diperuntukkan menurut Seksyen tersebut iaitu hukuman mati.Saya menjatuhkan hukuman tersebut,” katanya dalam mahkamah semalam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (Kastam), Nazir Amir Johari. Sementara tertuduh pula diwakili peguam Phang Soon Mun. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor