Putrajaya, 12 Jun – Pengerusi Jawatankuasa
Waris Penumpang MH370, Dato’ Hamzah Zainuddin hari ini telah memaklumkan bahawa
setiap waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan memperolehi pampasan
sebanyak USD50,000(RM160,000) sebagai wang pembayaran awal.
Hamzah berkata, setakat ini
seramai tujuh waris penumpang telah menerima pembayaran awal yang telah
kerajaan berikan kepada mereka.
"Enam keluarga waris telah menerima wang
tersebut iaitu keluarga waris dari Malaysia, sementara seorang lagi keluarga
waris penumpang di China," katanya ketika sidang media di Kementerian Luar
di Putrajaya, hari ini.
Timbalan Menteri Luar Negeri itu juga memberitahu kesemua
bayaran yang akan dibuat selepas kes kehilangan pesawat tersebut dilaporkan
berakhir telah diumumkan nanti.
Sementara itu, Hamzah menyarankan kepada semua waris
penumpang MH370 agar bertemu dengannya sendiri sama ada secara individu atau
berkumpulan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat
berkenaan.
"Saya sebagai pengerusi jawatankuasa ini bersedia untuk
membantu mereka.
"Saya juga mewakili kerajaan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein
sentiasa telus memberi informasi sejak hari pertama kejadian lagi,"
katanya.
Mengimbau tragedi yang berlaku, Pesawat Boeing
777-200ER atau MH370 dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac yang lepas setelah
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke
Beijing, China.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal
masih belum ditemui sehingga kini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor