Pontian, 16 Jun – Seorang jiran
yang sedang menunggu siaran langsung pelawanan bola sepak Piala Dunia (World
Cup 2014) berjaya menyelamatkan sebuah rumah yang berada bersebelahan
kediamannya yang hampir terbakar di sini pagi semalam.
Kejadian berlaku pada jam 9.00
pagi semalam ketika Aswani Husin, 59, yang berada diruang tamu sedang menanti
perlawanan antara Ivory Coast menentang Jepun.
Aswani berkata, pada mulanya dia
tidak mengesyaki sebarang perkara buruk berlaku kerana menggangap bau asap itu dating
dari pembakaran sampah sekitar kawasan rumahnya di Kampung Seri Menanti.
“Saya tidak syak apa-apa yang buruk terjadi sehingga
ternampak asap hitam dari rumah salah sebuah rumah jiran.
“Ketika itu, saya mula merasa tidak sedap hati dan
bertindak ke rumah yang terletak kira-kira 400 meter dari rumah saya,” katanya,
semalam.
Ketika sampai di rumah jirannya itu, dia terkejut
melihat kepulan asap telah memenuhi ruang dapur rumah tersebut.
“Rumah itu tidak berpenghuni ketika kejadian, saya cuba
untuk masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan kediaman terbabit.
“Saya segera meminta bantuan dari dua anak untuk
memecah rantai mangga kunci pintu rumah,” katanya.
Menurut Aswani, api berjaya dikawal tidak lama kemudian
dan kebakaran yang berlaku hanya melibatkan ruang dapur sahaja.
Turut melawat lokasi kebakaran ialah Pembantu Khas
kepada Ahli Parlimen Tanjung Pial, Wong Kim Liong. –KedahNews.com/Mohd Shahir
Shukor