Wow!! Tatu Cherly Cole Bernilai Sebuah Kereta?


Britain, 22 Jun – Bekas isteri pemain bola sepak Chelsea, Cherly Cole, mendakwa membayar harga yang sama untuk mebeli sebuah kereta kecil bagi mendapatkan tatu mawar besar di bahagian pinggulnya.

Cherly yang merupakan seorang penyanyi dan selebriti menjelas tatu ini dibuat sebagai satu kejutan kepada peminatnya walaupun segelintir mereka yang melihat tatu ini mungkin menganggap dia berasa menyesal kerana perbuatannya itu.

Menurut penyanyi ini, tindakannya untuk mendapatkan tatu ini berpunca dari penyakit malaria yang dihadapinnya.

“Saya tidak menyesal. Selepas dijangkiti malaria, saya menyenaraikan beberapa perkara yang ingin dilakukan.

“Termasuk membuat tatu ini,” katanya lagi.

Bekas penyanyi kumpulan Girls Aloud berkata, tatu berkenaan telah diukir oleh seseorang pakar yang berbakat.

“Ia memang berbaloi walaupun harganya £1000 (RM5,500) – menyamai nilai sebuah kereta kecil di Britain,” katanya ketika ditemui media.


Sementara itu, dia yang kembali menjadi juri dalam rancangan reality televisyen, X-Factor bersama pencipta lagu, Simon Cowell mendedahkan dia sukar mendedahkan bahagian belakangnya setelah lelaki itu turut menjadi juri dalam program berkenaan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor