Ahli Parlimen DAP mempersoalkan lawatan kerja 'mewah' Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Gold Coast, Australia pada 2012.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mendedahkan Muhyiddin pergi ke Australia dari 10 hingga 18 November 2012; bermula dengan dua hari di Melbourne merasmikan Forum Ekonomi Cina Dunia Keempat.
Kemudian, selesai persidangan Muhyiddin didakwa bersama isteri dan rombongannya menghabiskan masa selama lima hari empat malam di destinasi percutian antarabangsa terkenal di Gold Coast, Brisbane.
"Sepanjang lawatan itu, Muhyiddin dan rombongannya tinggal di hotel mewah lima bintang Hilton Surfer's Paradise Hotel.
"Tambahan lagi seluruh rombongan yang berjumlah 17 orang adalah terdiri daripada enam pengawal peribadi, lima pegawai khas, dua setiausahaa akhbar, seorang setiausaha politik, seorang setiausaha sulit, dirinya sendiri serta isteri.
"Dalam erti kata lain tiada penjawat awam atau pegawai kementerian yang mengiringi beliau seperti dalam perjalanan Dubai baru-baru ini.
"Adakah ini kerana timbalan perdana menteri tidak percaya pegawai-pegawai kementerian atau adakah ini kerana perjalanan ke Gold Coast merupakan tidak lebih daripada satu lawatan kerja untuk kakitangan beliau," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kenyataan mereka itu merujuk kepada dokumen yang dibocorkan penulis blog peniupwisel2020.blogspot.com.
Ini merupakan pendedahan kedua membabitkan Muhyiddin di Parlimen selepas dokumen lawatan kerja mewahnya ke Dubai didedahkan pada April lalu.
Muhyiddin dan delegasinya dilaporkan menaiki pesawat khas ke Dubai dan menghabiskan masa lima hari dengan program tidak rasmi termasuk dengan syarikat pembinaan terkenal Malaysia, Ahmad Zaki Resources Berhad dan Eversendai Corporation, serta sesi bermain golf.
Pejabat Muhyiddin bagaimanapun menyatakan aktiviti golf sebahagian daripada program rasminya.
Zairil ketika mengulas berkata, dengan pendedahan ini jelas semakin banyak rakyat Malaysia khususnya kakitangan awam, berazam untuk mendedahkan perbelanjaan boros pemimpin Barisan Nasional (BN) yang melibatkan dana awam.
Katanya, kerajaan bukan sahaja gagal menyiasat menteri yang terlibat mala mengugut untuk mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat sebagaimana yang dinyatakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang dilaporkan berkata "kerajaan akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat kakitangan awam yang membocorkan rahsia kerajaan" sejurus selepas dokumen Dubai didedahkan.
"Mengapa rakyat Malaysia perlu membayar untuk percutian santai menteri di pantai manakala rakyat Malaysia terpaksa menghadapi inflasi dan peningkatan jurang pendapatan," soalnya.
Sumber: TMI