Zaquan Adha Curang Pada Ayu Raudah?


Johor Bharu, 9 Jun – Pemain bola sepak sensasi skuad negeri Johor Daru Takzim (JDT), Zaquan Adha dikatakan telah berlaku curang terhadap isterinya yang juga pelakon terkenal, Ayu Raudah.
Laman web, Rotikaya menjelaskan bahawa pihak mereka telah menerima email daripada seorang peminat yang mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang baru sahaja menimbang cahaya mata pada bulan May yang lalu.

Menurut laman itu lagi, seorang gadis yang dikatakan  telah mendedahkan perbualan bersama Zaquan di dalam aplikasi WeChat dengan memuat naik beberapa keping "screenshot" yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan pemain bola sepak berkenaan.

Selain itu, difahamkan bahawa gadis berkenaan merupakan salah seorang gadis kumpulan sorak  untuk pasukan bola sepak JDT.

Bagaimanapun, KedahNews.com tidak pasti sama ada kesahihan pendedahan mengenai kecurangan Zaquan ini adalah benar atau pun satu fitnah untuk merosakkan hubungannya bersama isterinya, Ayu Raudah.

Pihak KedahNews.com akan cuba mendapat kenyataan balas dari pasangan ini berhubung pendedahan yang dilakukan oleh portal tersebut.- KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor