Zarena tidak melakukan sebarang pemohonan - JPN



Kuala Lumpur, 5 Jun – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan Zarena Abdul Majid, 32 yang di tangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika ingin melangsungkan perkahwinan mengikut adat agama Hindu tindak pernah mengemukan sebarang permohonan pindaan butiran kad pengenalan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media, JPN menegaskan pihaknya sedia memberikan kerjasama terhadap wanita tersebut sekiranya dia sendiri hadir ke pejabat pendaftaran dan memohon pindaan berkenaan dengan membawa butiran lengkap yang berkaitan untuk menyokong pemohonan itu.

Sementara itu, JPN telah mendapatkan pengesahan daripada pihak JAIS berkaitan maklumat Zarena dan menjelaskan  dia perlu membawa kad pengenalan, sijil kelahiran, akuan bersumpah berkaitan pemohonan dan surat perintah daripada Mahkamah Syariah bagi pertukaran agama islam kepada bukan islam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MIC, A Prakash Rao meminta pihak JAIS mendengar tuntutan kes Zarena bagi menentukan status agamanya selepas dia mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak kecil malah dibesarkan dengan adat resam agama Hindu.


Menurut Prakash Rao, tindakan JAIS menjalankan serbuan dan menahan Zarena ketika upacara majlis perkahwinan itu berlangsung adalah satu isu yang sentitif dan ia akan memberi kesan buruk terhadap dia dan keluarganya. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor