Kuala Lumpur, 3 Jun – Pemilik syarikat
WireFame Entertainment (WFE), Zizan Razak berasa pelik apabila diberitahu oleh
pengurusan WFE mengenai tindakan syarikat tersebut yang mahu menyaman
kekasihnya Emma Maembong, sedangkan dia yang merupakan pemegang saham terbesar
dalam WFE langsung tidak tahu mengenai berita yang dilaporkan sebelum ini.
Sebelum ini, WFE di laporkan akan
mengemukakan saman terhadap pelakon cantik Emma Maembong kerana di katakan telah
melanggar syarat yang ditetapkan oleh syarikat itu apabila dia bertindak
menandatangi kontrak berlakon sebuah drama arahan produksi luar tanpa kebenaran
mereka.
“Saya pun pelik bagaimana cerita
saman ini boleh timbul. Setahu saya kalau nak diikutkan kontrak Emma akan
tamat pada Jun ini. Jadi kenapa perlu ada cerita saman ini?" persoal Zizan terhadap pihak yang mahu menyaman kekasihnya itu.
Menurut Zizan, dia tidak
menyebelahi mana-mana pihak dan berharap konflik tersebut dapat diatasi dengan
cara yang baik.
Malah kata Zizan, dia sedia
melepaskan Emma sekiranya kontrak pelakon itu betul-betul tamat pada Jun ini.
“Bagi saya, daripada menyusahkan
kedua-dua pihak dan mungkin akan timbul lagi macam-macam masalah, saya akan release-kan(lepaskan)
Emma. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baiklah.
“Saya sendiri akan berjumpa
dengan pihak WFE dan membincangkan beberapa perkara yang melibatkan diri saya.
Sayangnya buat masa ini saya tidak ada peluang lagi kerana jadual saya terlalu
padat”, ujarnya ketika ditemui pada majlis Astro Meraikan Media yang diadakan
di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, ketika ditanya
mengenai perhubungannya bersama gadis tersebut, Zizan menegaskan dia ada
memikirkan mengenai hasrat untuk menyunting Emma sebagai isterinya tetapi
perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut masih di peringkat awal.
Dalam perkembangan lain, Zizan
kini sibuk dengan promosi filem Abang Long Fadil yang ditayangkan pada 29 Mei
yang lepas. Filem arahan Shafiq Yusof ini mengetengahkan dia sebagai teraju
utama. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor