Hari ini Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim menerusi
satu sidang media telah mengumumkan mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan digugurkan selepas Pakatan Keadilan
Rakyat (PKR) selesai mengadakan mensyuarat
lewat malam semalam.
Dalam Mensyuarat itu, Anwar memberitahu pemimpin tertinggi
PKR telah bersetuju melantik isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail sebagai penganti Abdul Khalid untuk menerajui negeri
Selangor selewat-lewatnya selepas Hari Raya Aidilfitri.
Keputusan untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar
Selangor yang baru pasti menjadi persoalan di kalangan rakyat Selangor, apakah
kelebihan yang ada kepada isteri Anwar sehingga dia dilantik sebagai peneraju
kerajaan negeri Selangor.
Di sini KedahNews.com ingin berkongsi 10 sebab mengapa Wan
Azizah layak memegang jawatan Menteri Besar Selangor menerusi satu status
pengguna Facebook, Asrul Samad :
1. Wan Azizah tidak gagap seperti Khalid
2. Wan Azizah tidak berhutang RM60 juta seperti Khalid
3. Wan Azizah adalah bakal isteri Perdana Menteri Malaysia tidak seperti Khalid yang bukan Suami kepada bakal Perdana Menteri.
4. Wan Azizah berpelajaran lebih tinggi daripada Khalid, Wan Azizah adalah Doktor ( doktor = PHD), Khalid hanya Degree
5. Anak Wan Azizah semuanya hebat-hebat. Anak Khalid?6. Wan Azizah penerima Anugerah Saiditina Khatijah, tetapi Khalid tidak pernah menerima Anugerah Rasulluah pun.
7. Wan Azizah mampu melakukan penjimatan elektrik kerana memakai kipas tangan, tidak seperti Khalid yang memakai Aircond.
8. Wan Azizah lebih faham masalah rakyat dalam isu air kerana beliau adalah suri rumah yang selalu membasuh kain, mencuci pinggan, siram pokok bunga. Tidak seperti Khalid yang mana pokok daun bawang dirumahnya pun mati ketika saya melawat rumahnya baru-baru ini.
9. Wan Azizah adalah Presiden PKR jadi Khalid kena beralah.
10. Pernah menjadi Isteri Timbalan Perdana Menteri,...Khalid?Khalid mana pernah menjadi Suami kepada Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri pun.
Adakah 10 faktor ini menjadikan Wan Azizah lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor? Sama-samalah rakyat negeri Selangor fikirkan. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor