KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan mengalu-alukan kesediaan DAP untuk
menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan tragedi
13 Mei 1969 tidak berulang.
Ketuanya, Tan Keng Liang berharap DAP dapat melaksanakan perkara itu
dan memastikan kenyataan tersebut bukan semata-mata retorik.
“Jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang ikhlas, beliau mesti memastikan
semua pimpinan DAP menghentikan terus kenyataan berbaur provokasi
mengenai 13 Mei selepa sini.
“Perpaduan dalam negara tidak boleh diabaikan atas sebab agenda
mana-mana parti politik,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Keng Liang berkata, Kit Siang perlu juga mengambil tindakan ke atas
pemimpin DAP, Dr. P.Ramasamy kerana menyebut perkara sensitif tentang 13
Mei sebelum ini untuk membuktikan keikhlasan itu.
Kit Siang hari ini menyatakan kesediaan DAP untuk bekerjasama dengan
BN khususnya UMNO bagi memastikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak
berulang.
Beliau dipetik berkata, DAP sanggup menjalinkan kerjasama itu kerana
ancaman 13 Mei tidak boleh di toleransi sama sekali pada zaman ini.
“DAP tidak akan membiarkan atau bertolak ansur dengan mana-mana
ancaman 13 Mei dan kita bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan BN
untuk memastikan tidak ada satu lagi 13 Mei di Malaysia,” kata Kit Siang