4,274 BMW Terjual Dalam 6 Bulan, Siapa Kata Orang Malaysia Miskin?

BMW Group Malaysia merekod pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan jualan sebanyak 4,274 kenderaan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

BMW Group Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, sebanyak 3,724 BMW dijual dari Januari hingga Jun lalu, 296 (MINI) dn 254 (BMW Motorrads).

Kata kenyataan itu, ia merupakan peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 3,795 kenderaan.

“Pencapaian jualan kami yang mantap ini satu bukti sokongan berterusan pengguna di Malaysia terhadap BMW.

“Pencapaian yang sekali lagi membenarkan BMW Group Malaysia untuk muncul sebagai nombor satu dalam segmen automotif premium negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, pencapaian jualan itu disokong melalui peningkatan penjualan BMW 3 Series dan BMW 5 Series.

Katanya, pada June lalu sahaja, sebanyak 328 unit BMW 3 dan 115 BMW 5 dijual menyaksikan peningkatan sehingga 50 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

“BMW 3 Series dan 5 Series terus menjadi penyumbang utama meliputi 66 peratus daripada jualan keseluruhan di Malaysia iaitu masing-masing sebanyak 2,056 unit and 792 unit hingga pertengahan tahun ini,” katanya.