"Abang Long Rafi" Tunjuk "Pailang" Di Bulan Ramadhan?

 

Pengendali laman akaun Facebook, Persatuan Kongsi Gelap Melayu, telah memuatnaik gambar dua remaja Melayu yang cedera akibat dibelasah oleh salah seorang ahli mereka yang dikenali sebagai "Abang Long Rafi", kerana tidak berpuasa.

Menurut kenyataan di laman itu, "Abang Long Rafi" membelasah dua remaja tersebut kerana "kantoi" tidak berpuasa dan ia dikatakan berlaku di sebuah pondok kosong di Jerlun.

Bagaimanapun, tindakan "Abang Long Rafi" itu tidak mendapat pujian daripada pengguna Facebook yang lain, sebaliknya mereka mengecam perbuatan kejam itu.

kongsi 2

kongsi

Bulan Ramadhan merupakan bulan rahmat di mana setiap umat Islam bukan saja perlu mengawal nafsu makan dan minum, namun turut menekankan supaya kita menahan nafsu-nafsu "menggila" yang lain, termasuk nafsu amarah.

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya menyifatkan nafsu amarah ke arah perkara negatif itu berasal dari syaitan dan umat Islam perlu menghindari dari terpengaruh dengannya.

Merujuk pada tindakan "Abang Long Rafi", KedahNews.com merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk "Abang Long Rafi" membelasah dua remaja itu meskipun mereka tidak berpuasa.

Tidak berpuasa di bulan Ramadhan sememangnya berdosa hukumnya dan ia wajib diganti oleh mana-mana umat Islam yang gagal melaksanakan perintah Allah itu.

Setahu kami juga, tidak berpuasa di bulan Ramadhan membabitkan dosa di antara seorang hamba terhadap Allah SWT dan bukannya dengan makhluk lain, termasuk "Abang Long Rafi".

Justeru, mereka perlu bertaubat kepada Allah dan "Abang Long" itu tidak punya hak untuk menghukum meereka begitu.

Sekiranya mereka ditangkap oleh penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam atas tuduhan makan atau minum di khalayak ramai, maka mereka tertakluk pada  undang-undang yang ditetapkan di negeri Kedah.

Sekali lagi, ia juga tidak memberi hak kepada "Abang Long Rafi" untuk membelasah mereka.

Mungkin kerana itulah ramai pengguna Facebook yang mengkritik dan mengutuk perbuatan "Abang Long Rafi" sebagai tidak wajar.

Apa pula kata anda? -KedahNews.com