ALOR SETAR - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengarahkan supaya kakitangan kementeriannya memantau barangan keperluan pengguna di negeri Kedah setiap hari.
Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan sempena musim perayaan khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri dan bertujuan memastikan barangan keperluan asas dan basah
mencukupi untuk pengguna di negeri jelapang padi itu.
"Ia akan dipantau setiap hari dan laporan dihantar kepada ibu pejabat.
Jika ada kekurangan barangan, kita akan mengambil tindakan segera.
"Kita mahu pastikan semua keperluan mencukupi,” katanya kepada media selepas melawat sebuah pasar raya besar di sini, semalam.
"Kita mahu pastikan semua keperluan mencukupi,” katanya kepada media selepas melawat sebuah pasar raya besar di sini, semalam.
"Kita sudah menyemak bekalan barangan keperluan pengguna sama ada
kering dan basah. Jumlah yang kita ada mencukupi. Setakat ini, kita
tidak menerima aduan kekurangan bekalan," katanya dalam lawatan yang turut diiringi Pengarah KPDNKK Kedah, Mohamad Fitri Hassan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah turut mengulas mengenasi skim cepat kaya YSLM di mana beliau meminta orang ramai supaya prihatin dan mengambil iktibar dari perkara seumpama itu selalunya ada kaitan dengan penipuan sehingga mendatangkan kerugian.
"Orang kita tak mahu beringat, dulu pun sudah ada skim cepat kaya ini tapi mereka nak juga masuk sehingga mengalami kerugian cecah puluhan ribu ringgit," jelasnya. -KedahNews.com