Seorang wanita mengandung dan pemimpin kanan Islamic Jihad
terbunuh menjadikan jumlah korban Palestin sejak serangan Israel 18 hari
lalu sebanyak 815 kematian.
Doktor berusaha sedaya upaya menyelamatkan bayi dalam kandungan ibu
berusia 23 tahun selepas rumahnya di Deir al-Balah dibedil tentera udara
Israel kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra.
Satu lagi serangan udara membunuh jurucakap kanan Islamic Jihad, kumpulan jihad kedua terbesar di Gaza selepas Hamas.
Dua anak Salah Hasanein berusia 12 dan 15 tahun turut terkorban dalam serangan di Selatan Rafah. – AFP