Amalina Pelajar Cemerlang Sudah Bergelar Doktor, Tapi...

Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri yang sebelum ini menjadi kebanggaan dan motivasi pelajar di Malaysia menyatakan hasrat untuk berkhidmat di tanah air selepas menamatkan pengajiannya di United Kingdom.

Amalina, 27, anak kelahiran Kelantan tapi dibesarkan di Johor ini baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Edinburgh dan kini bergelar seorang doktor, baru-baru ini.

Menurut Amalina, dia merancang untuk menimba pengalaman bekerja sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama dua tahun selain melakukan penyelidikan bagi mencari penawar penyakit kanser ovari terlebih dahulu sebelum kembali berbakti di tanah air.

“InsyaAllah, Amalina akan meneruskan pengajian lebih kurang dalam enam hingga tujuh tahun untuk menjadi seorang doktor pakar dalam bidang obsesnekologi”, katanya yang dipetik dari Astro Awani.


Amalina pernah mencetus kontroversi dan disindir hebat setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung ketika sedang melanjutkan pelajaran di UK dan beberapa keping gambarnya sedang bersosial tersebar di Facebook.

Pelajar cemerlang SPM itu turut dikecam masyarakat khususnya umat Islam yang kecewa terhadap pendirian Amalina itu memandangkan dia dikenali dengan imej berhijab ketika dinobatkan sebagai pelajar contoh negara.


Bagaimanapun, ibu Amalina tampil mempertahan tindakan anaknya itu dan memohon agar pihak yang mengkritik anaknya supaya berfikiran lebih "terbuka". -KedahNews.com