Anak Siapakah Yang Tidak Senonoh Ini? Sila Angkat Tangan...



KedahNews.com tidak pasti dari mana sumber asal gambar yang sedang viral diperkatakan di laman-laman media sosial ini.

Namun sumber menyatakan bahawa kedua budak tidak senonoh ini merupakan pelajar di salah sebuah sekolah di negara kita berdasarkan dari lencana dan pakaian seragam sekolah yang dipakainya itu.

Berselfie sambil bercumbu? Pakai tudung pula? Bila bertudung, sudah tentu budak itu beragama Islam, bukan?

Setahu kami, subjek Pendidikan Agama Islam ada diajar di sekolah-sekolah di negara kita. Budak-budak ini "tidak makan" dek ajar, kah? Atau mereka sebetulnya "kurang ajar"?

Jika ditanya pada ibu bapa, kebanyakan mereka akan menuding jari menyalahkan guru, ustaz atau ustazah di sekolah. Alasan mereka, kononnya pihak sekolah gagal "mendidik" anak-anak mereka.

Memang "sedap" menyalahkan pihak lain. Jadi apa pula tugas dan tanggungjawab ibu bapa kalau bukan "mendidik" anak-anak sendiri?

Bila guru-guru memanggil ibu bapa ke sekolah, mengadu mengenai perangai buruk anak-anak mereka, ada pula yang menuduh guru-guru sengaja "mengenakan" anak-anak mereka. Guru dituduh "fitnah" anak mereka? Pada mereka, anak-anak mereka itu "sesuci embun pagi"...

Lebih malang lagi, ada pula ibu bapa yang enggan datang ke sekolah. Mereka hanya memaki hamun guru-guru yang mengadu menerusi telefon sahaja! 

Namun tidak semua ibu bapa begitu. Ada yang hadir ke sekolah dan "tambah perisa". Teruk jugalah anak itu dikerjakan ibu bapa masing-masing...

0

Namun kalau ada anak dara atau anak teruna yang bersikap begini, bagaimana pula caranya? Kenalkah kita siapa kedua budak di atas? Kenal pada "gigi" pelajar perempuan itu? Kenal pada jam tangannya? Anak-anak siapakah mereka? Ada ayah atau ibu yang mahu angkat tangan?

KedahNews.com sarankan supaya ibu bapa mendidik dan memberikan penekanan yang lebih dari sudut agama kepada anak masing-masing. Guru hanya memberi pendidikan, tapi ibu bapa yang seharusnya mendidik anak masing-masing, bukan?

Lagipun, guru-guru juga punya anak sendiri untuk dididik di rumah mereka. Janganlah lepaskan tanggungjawab yang Allah SWT amanahkan pada ibu bapa...

Kalau anak-anak kita jadi seperti di atas, siapa yang malu? Kita dan keluarga kita juga, kan? Astaghfirullahil'azim... -KedahNews.com