Kuala Lumpur, 10 Julai – Diva sensasi, Azwan Ali (Diva AA)
mengakui pernah dibayar ribuan ringgit oleh pihak Astro hanya semata-mata untuk
memaki para peserta dalam program MasterChef Selebriti dua tahun lalu.
Menurut Azwan Ali, dia tidak kisah sekiranya dituduh sebagai
lelaki bermulut jahat atau diberi pelbagai gelaran oleh masyarakat mengenai dirinya kerana beranggapan ini
adalah satu sumber rezeki yang tidak putus-putus dikurniakan Allah SWT kepada
pengacara ini.
“Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para
peserta MasterChef Selebriti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja,
saya dibayar ribuan ringgit.
“Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan
menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu,” katanya memetik portal
Malaysian Digest.
Pengakuan Diva AA ini pasti mencetuskan satu lagi
kontroversi apabila mengaitkan saluran penyiaran swasta yang berpengaruh di
Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Azwan turut memaklumkan bahawa dia
akan berangkat ke Mekah pada 21 Julai ini bagi menunaikan umrah buat kali
ketujuh. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor