PETALING JAYA – Selangor dilihat
sudah bersedia untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu tidak
lama lagi, menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menerima
tekanan untuk melepaskan kedudukannya.
Walaupun sebelum ini dilaporkan
bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada gesaan untuk menggantikan
Khalid, kini sumber yang rapat dengan Azmin berkata peralihan kuasa itu akan
dilakukan selepas Hari Raya.
“Selepas semuanya, pelantikan ini
akan dibuat selepas Hari Raya,” kata sumber itu, Selasa.
Sumber itu menambah, Azmin kini
mendapat sokongan dari PAS, yang sebelum ini dianggap enggan menggantikan Khalid
dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.
Sumber itu menambah, DAP dan PAS
telah memberi sokongan mereka terhadap pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar
yang baharu pada mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat yang diadakan pada Selasa.
“Walau bagaimanapun, keputusan
muktamad akan dibuat oleh Anwar dalam masa terdekat nanti,” kata sumber itu,
sambil menambah satu mesyuarat presiden akan membincangkan mengenai perkara itu
sebelum Hari Raya.
Sumber itu juga mendakwa bahawa
pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, ‘selagi ia
dilakukan mengikut perundangan negeri’.
Walau bagaimanapun, pada Selasa
dilaporkan PAS Selangor berpendapat bahawa tugas Khalid hendaklah diteruskan
sehingga pilihan raya umum akan datang.
Mereka dikatakan memihak kepada
Khalid, termasuk Pesuruhjaya PAS dan Exco negeri Selangor, Iskandar Samad, yang
telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid.
Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali,
Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, juga mempertahankan Khalid.
DAP, ketika dihubungi, berkata
satu perjanjian yang telah dibuat untuk menggantikan Khalid dengan Azmin telah
tersebar.
“Tidak, kami langsung tidak
pernah membincangkan perkara ini semua,” kata Adun Kampung Tunk Lau Weng San.
Khalid telah berada di bawah
tekanan untuk melepaskan jawatannya daripada rakan-rakan partinya berikutan
beberapa kritikan yang dilemparkan berhubung cara beliau mengendalikan pelbagai
isu di negeri ini.
Adun Pelabuhan Klang, yang kalah
kepada Azmin dalam jawatan timbalan presiden PKR, juga dikenali sebagai seorang
yang tidak berunding dengan parti mengenai dasar negara.
Sumber : mStar Online