Kuala Lumpur, 9 Julai- Walaupun
dikenali kerana tingkah laku dan tutur kata yang berlebih-lebihan setiap kali
muncul di depan kamera, pengacara sensasi Azwan Ali tetap tidak pernah lupa
untuk berkongsi semula rezeki kurniaan Allah SWT kepada mereka yang memerlukan.
Terkini, seperti yang dijanjikan
sebelum ini anak-anak bertuah dari asrama anak-anak yatim Tahfiz Darul Aminah,
Seremban telah berpeluang beramah mesra dengan barisan selebriti sensasi yang
hadir pada majlis berbuka puasa yang berlangsung pada di Restoran N’Dah
Mahligai Shah Alam pada 5 Julai lalu.
"Saya sudah lama menyimpan
hasrat ini kerana ingin mengumpulkan semua rakan-rakan selebriti dalam sebuah
majlis. Acara berbuka dirasakan bersesuaian dan tengoklah sambutan malam ini,
sungguh meriah! Dah macam malam raya dah."
"Di kesempatan ini juga saya
ingin membantu para anak-anak tahfiz ini, saya telah membuat keputusan untuk
menjadikan salah seorang daripada anak-anak ini anak angkat saya,"cerita
Azwan merujuk kepada anak yatim piatu berusia 6 tahun yang sudah dikenali
personaliti popular sejak beberapa tahun lalu.
"Hidup dia susah, umur dua
tahun ibubapa dah meninggal jadi yatim piatu. Jadi bermula hari ini Aqil akan
saya bantu taja perbelajaan hariannya sebanyak RM500 sebulan diharap cukup dan
syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang murah sekarang bolehlah saya
sedekahkan, mana tau nanti di masa akan datang dia berjaya, masa itu nanti dia
pula taja saya," ujar Azwan berseloroh.
Majlis berbuka puasa yang diberi
nama Majlis Iftar Azwan Azli & Anak-Anak Yatim Tahfiz Asrama Darul Aminah
Seremban itu diadakan dengan meriah sekali dengan kehadiran ramai artis
menyokong acara amal di bulan mulia itu.
Sumber: Murai.com.my