Bergambar Di Majlis Kematian, Fasha Dikritik Tak Tahu Jaga Perasaan Orang

fasha

Semalam, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini dan juga anak kedua Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12, yang meninggal dunia disebabkan penyakit kanser perut yang dihidapinya sejak awal tahun ini.

Jika mendengar hal kematian, memang agama kita menganjurkan untuk turut saling ziarah-menziarahi kerana secara tidak langsung, ianya mengingatkan kita kepada kematian yang boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa sekiranya masa kita sudah tiba untuk dijemput oleh Ilahi.

Namun apa yang penulis ingin fokuskan di sini ialah habit sesetengah orang yang gemar menangkap gambar tanpa memikirkan sensitiviti ahli keluarga yang baharu sahaja kematian orang tersayang.

Sebagai contoh, gambar selebriti popular Fasha Sandha yang sempat bergambar bersama rakan artis seperti Emylia Rosnaida dan Emelda Rosmila di majlis kematian anak Linda sememangnya menerima kecaman daripada sebahagian besar peminatnya yang merasakan gambar-gambar sebegini tidak elok dikongsikan buat tatapan umum.

Ini kerana tindakan Fasha seolah-olah tidak sensitif dengan perasaan Linda sekeluarga yang baharu sahaja kehilangan Rezaimen.

Namun, penulis difahamkan Fasha sudah pun memadamkan gambar tersebut di laman Instagramnya.

Baguslah begitu, tak payah panjang-panjangkan cerita, cumanya diharapkan Fasha akan lebih berhati-hati lagi selepas ini jika ingin berkongsi sebarang gambar untuk tatapan peminatnya.


Sumber : MYNEWSHUB.MY