Lebih 100,000 orang berarak di tengah kota London semalam bagi menunjukkan bantahan terhadap serangan puak Zionis Israel pada Gaza.
Perarakan dilakukan dari Downing Street ke Kedutaan Israel di Kensington ini diawasi polis namun berjalan dalam keadaan aman.
Jumlah pengunjung yang seramai ini boleh dianggap luar biasa kerana jangkaan awal cuma 15,000 orang bakal menghadirinya.
Whitehall, Trafalgar Square, Piccadilly dan Hyde Park Corner ditutup ekoran perarakan yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin ini.
Sejak serangan 8 Julai lalu, lebih 300 rakyat Palestin terkorban
termasuk wanita dan kanak-kanak manakala di pihak Israel, cuma 5 orang.
Perarakan dianjurkan oleh Kempen Solidariti Palestin (Palestine Solidarity Campaign).
Apa yang membanggakan, kesedaran tentang kezaliman Zionis turut
diperlihatkan oleh orang Yahudi sendiri yang mengutuk kekejaman
dilakukan sebagai mana gambar di bawah.
Sesungguhnya menjadi bangsa Israel yang menganut agama Yahudi tidak
salah. Namun yang salah adalah bangsa Israel atau penganut Yahudi yang
membenci Islam hingga melakukan kezaliman seperti puak Zionis.
Hal ini samalah seperti puak pelampau yang kononnya berselindung
dengan nama Islam sedangkan perbuatan mereka melakukan pembunuhan pada
orang tak bersalah langsung tidak mencerminkan agama suci ini.
Sumber: Mynewshub.my