Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah
tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung
kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan
Kedah.
Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang
semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu
siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan
jenayah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan
berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam di Shah Alam,
Selangor.
Katanya, tindakan terhadap suspek dilakukan selepas polis menerima
sebanyak empat laporan polis daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas
hati terhadap kenyataan dibuat di laman Facebook (FB) pada Jumaat lalu.
“Berikutan daripada laporan dibuat itu, polis menjalankan satu
operasi ugut tembak Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan
Kedah dan berjaya menahan suspek petang semalam,” katanya.
Sumber: Harian
Metro