Putrajaya - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pihak kumpulan pemisah Ukraine setuju untuk memenuhi permintaannya untuk menyerahkan jenazah rakyat Malaysia untuk dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Menurut beliau lagi, semua 282 mayat yang ditemui, yang kini berada di Torez akan dihantar ke Kharkiv serta diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda yang diiringi oleh enam orang wakil Malaysia untuk dibawa ke Amsterdam.
Kemudian Najib menjelaskan bahawa semua jenazah warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.
"Mayat 282 orang akan dipindahkan dengan kereta api untuk
diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda. Kereta api akan berlepas dan
akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.
"Mayat-mayat itu akan diterbangkan ke Amsterdam, dan kemudian mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules untuk prosedur forensik seterusnya," ujarnya dalam sidang akhbar tergempar sebentar tadi.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/puak-pemisah-pro-rusia-setuju-permintaan-kerajaan-najib-40414?cp
Persetujuan yang dicapai melalui perbualan telefon itu berlaku di antara Najib dengan ketua kumpulan pemisah Ukraine, Alexander Borodai, dan diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi.
Selain itu, Najib juga memberitahu bahawa Borodai bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua kotak hitam kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) di Donetsk bagi siasatan lanjut secara terperinci.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Borodai bersetuju untuk membenarkan pasukan penyiasat bebas antarabangsa untuk menjalankan siasatan menyeluruh di lokasi nahas dengan akses penuh, tanpa sebarang had.
"Saya perlu menegaskan bahawa meskipun perjanjian telah dicapai, masih
terdapat beberapa langkah-langkah lain yang perlu dilakukan dengan teliti sebelum ia selesai.
"Saya berharap kepada semua pihak untuk terus menjalin kerjasama bersama dan memastikan perjanjian ini dihormati, selain semua permintaan dipenuhi sepenuhnya," kata Najib.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kini berada di Kiev memaklumkan bahawa tiga penyiasat bertauliah dari Malaysia akan tiba di lokasi kemalangan MH17 hari ini.
Menurut beliau, ketiga-tiga penyiasat yang memiliki pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam bidang masing-masing itu akan membantu siasatan secara bebas di sana.
Tiga penyiasat itu adalah Pengarah Kanan Bantuan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kapten Philip Joseph Selvaraju (bekas juruterbang), 42, Pengarah Kanan Bantuan DCA, Mohd Naemy Fahmy Mustapa, 38, dan Pengarah Kejuruteraan dan Penyelenggaraan MAS, Azhari Mohd Dahlan, 53. -KedahNews.com