Bubur lambuk isi ketam dihidangkan kepada kira-kira 1,200 tetamu
termasuk 400 orang kurang upaya, warga emas, penerima bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat serta ibu tunggal pada Majlis Jalinan Kasih Berbuka
Puasa Parlimen Besut di Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Jerteh
petang semalam.
Bubur itu dimasak secara bergotong-royong oleh 300 peserta yang mengambil kursus masakan anjuran Empower Ecer Pantai Timur.
Pengurus Pejabat ECERDC Terengganu, Ahmad Hasim berkata Menteri
Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dan isteri Toh Puan Seri Che
Kamariah Zakaria turut mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai serta
menyampaikan duit raya.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd
Mahdi Musa dan Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. –
BERNAMA