Bung Mokhtar Minta Maaf!

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin akhirnya memohon maaf berhubung isu tweet ‘Long Live Hitler’ yang menjadi kontroversi, baru-baru ini.

Bung menulis, “bila Jerman dibelasah Brazil, saya dengan secara tidak sengaja telah menyatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati penduduk Jerman. Jadi, saya memohon maaf seikhlas hati (berhubung tweet tersebut). Long live Bung”.

BUNGG

Bung sebelum ini menulis, “Well done..Bravo..Long Live Hitler..” sebaik Jerman berjaya membelasah Brazil 7-1 pada peringkat separuh akhir sekali gus menempah slot ke peringkat akhir Piala Dunia 2014.

bung
Kenyataan beliau mendapat reaksi negatif daripada pengguna Twitter yang lain. Bung Mokhtar bagaimanapun menyelar mereka yang mengkritiknya itu.

Kenyataan itu agak tidak disenangi oleh banyak pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.

Namun begitu, menerusi pemerhatian penulis sehingga jam 1.30 petang tadi, Bung masih belum lagi menarik balik serta memadamkan ‘tweet’ kontroversi tersebut daripada laman Twitternya seperti mana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Sumber: Mynewshub.my