Adakah perhubungan cinta di
antara Emma Maembong dan Zizan Razak kini sedang bergolak?
Perkara ini timbul gara-gara
perkongsian gambar di Instagram yang mana Emma menulis luahan hatinya yang
berkemungkinan besar ada kena mengena dengan kisah cintanya bersawa pelawak
popular itu.
Sebelum ini juga nama aktres
cantik itu disebut-sebut sebagai penyebab kepada konflik dalaman yang berlaku
di antara Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sehingga memaksa Zizan
membekukan akaun syarikat WireFame Entertainment.
Menerusi luahan hati Emma, dia
mengatakan dirinya kini seakan tidak dipedulikan oleh seseorang dan sekiranya
seseorang itu terus melayannya begitu, tidak mustahil satu hari nanti dia akan
angkat kaki daripada meneruskan perhubungan.
Hmm, mungkinkah nota ini
ditujukan buat Zizan?
Hanya empunya badan je dapat
memberikan jawapan.
Tapi rasanya hal-hal begini tidak
seharusnya dihebahkan menerusi media sosial, kerana takut perkara begini
memberikan tanggapan negatif terhadap seseorang selebriti tersebut.
Sebaiknya jika Emma ada masalah
dengan Zizan adalah lebih baik mereka selesaikan sesama mereka sahaja. Jangan
libatkan orang lain, karang makin lain jadinya. Tak gitu?
Sumber : MyNewsHub.My