Penyanyi berwajah "jambu", Dafi AF, menegaskan bahawa dia tidak takut pada syarikat telekomunikasi Celcom yang dihamburnya dengan kecaman keras menerusi laman sosial, Twitter, baru-baru ini.
Meskipun menyedari Celcom merupakan syarikat yang menaja dirinya sebagai selebriti yang mempromosikan jenama telokomunikasi itu sempena kempen Piala Dunia 2014, Dafi tegaskan apa yang diluahkan itu adalah berdasarkan dirinya sebagai salah seorang pelanggan.
"Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" katanya tegas, mempertahan tindakan melepaskan geram terhadap Celcom.
Dafi sebelum itu dilaporkan mengamuk terhadap Celcom ekoran terpaksa membayar bil berjumlah RM9,000, namun dia mendakwa tidak mendapat perkhidmatan seperti yang diharapkan.
Kata Dafi, dia menerima bil setinggi RM9,000 baru-baru ini, namun dipaksa menghadapi beberapa masalah lain sejak dua bulan kebelakangan ini, termasuk tidak menyekat talian telefonnya meskipun sudah melampaui had ketika bercuti di Pulau Boracay, Filipina.
"Bayangkan selama ini mereka selalu meminta saya membayar bil
tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had
yang ditetapkan.
"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak
menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.
"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini.
Ada saja masalah mereka.
"Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai
perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak
puasa hati secara umum di laman Instagram," katanya yang dipetik dari Mstar.
Bagaimanapun, pihak Celcom sehingga kini masih belum memberikan maklum balas atau jawapan terhadap ketidakpuasan hati anak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu. -KedahNews.com