PASANGAN Victoria dan David Beckham sering menjadi
perhatian ramai apabila mereka dianggap menjalani kehidupan sempurna.
Terbaharu, kehidupan pasangan itu dilihat lebih bahagia
apabila mereka menyambut ulang tahun perkahwinan ke-15 pada 7 Julai lalu.
Victoria telah meluahkan perasaan bahagianya di akaun
Twitter dengan memuat naik foto lama ketika mereka berkahwin pada 15 tahun
lalu.
"Terima kasih atas mesej-mesej indah yang diberi.
Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat kita berdua. Cinta dan sokongan
darimu sangat bererti buatku," katanya.
Sepanjang 15 tahun hidup bersama, pasangan itu juga tidak
pernah lari daripada gosip-gosip panas.
Malah David pernah dilaporkan menjalinkan hubungan
skandal dengan ramai wanita, namun hubungan pasangan suami isteri itu masih
lagi bertahan sehingga kini.
Pasangan itu turut mempunyai empat orang anak iaitu
Brooklyn Joseph, 15, Romeo James, 12, Cruz David, 9 dan Harper Seven, 3.
Sumber : Mstar
Sumber : Mstar