PETALING JAYA – Pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan
isterinya, Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Ezany, 41, berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun
dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.
“Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa
yang dapat diselamatkan lagi.
“Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak
kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan
permintaan dia,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka
dikurniakan dua orang anak.
Ezany dan Lizda akhirnya bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.
Pada Selasa lalu, Ezany yang juga merupakan pengusaha kicap dan belacan
telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya dengan tulisan: “It‘s over,
the end. Berakhir sebuah cerita.”
Manakala Lizda pula menaikkan status di Facebook meluahkan bahawa dia
baru sahaja menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri selepas melalui proses
perpisahan dalam rumahtangganya.
“Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri.
Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan reda dengan ketentuan
Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah dia atau pihak isterinya sudah memfailkan
cerai, Ezany bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara itu.
“Tunggulah nanti apa keputusan hakim. Sekarang ini pun masalah masih
belum selesai.
“Saya pun enggan komen panjang kerana takut ia boleh menjejaskan kes
kami,” katanya.
Sumber : mStar Online