Dua Anak Beranak Hasut Bantah Hudud Di Malaysia


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta pemimpin MCA dan Gerakan yang telah menyertai Kabinet supaya mendesak Parlimen supaya menolak pelaksanaan undang-undang hudud pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Beliau berkata, kesemua pemimpin MCA dan Gerakan itu tidak layak menjadi Menteri atau Timbalan Menteri jika tidak berani untuk menyuarakan perkara tersebut dalam Kabinet.

“Mereka perlu juga memaklumkan kepada umum sama ada mereka telah membangkitkan perkara itu dan apa keputusan Kabinet nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan berasingan pula mengulangi pendiriannya bahawa hudud tidak sepatutnya dilaksanakan di Malaysia kerana merendah-rendahkan Perlembagaan Persekutuan dan hak kebebasan beragama.

Malah, dakwanya, Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara sekular yang bercanggah dengan kenyataan kerajaan Malaysia bukan negara sekular.

Kerajaan PAS sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan mahu membentangkan usul di Parlimen.

Rancangan itu bagaimanapun mendapat tentangan hebat DAP yang mendakwa undang-undang hudud tidak lagi sesuai dilaksanakan di zaman ini apatah lagi di Malaysia yang merupakan sebuah negara sekular.