Sebenarnya bukan mudah untuk bergelar seorang "hackers" yang betul-betul "hackers". Ada yang mengaku "hackers", tapi yang menyalahgunakan keistimewaan dan tanggungjawab yang dikurniakan Tuhan kepada mereka.
Pun begitu, KedahNews.com yakin bahawa gerakan menyerang laman-laman web Israel yang diketuai oleh hacker Malaysia Security Tester (MST) dan rakan-rakannya dari seluruh dunia wajar diberi pujian.
Apatah lagi MST mengumumkan bahawa kumpulan yang diketuainya itu merupakan 100 peratus anak-anak Melayu yang kami kira beragama Islam dan ditubuhkan dengan tujuan melumpuhkan laman-laman web di negara zionis tersebut.
"MST kumpulan Yang Baru ditubuhkan pada tahun ini. 100% Malay. Kami Datang Untuk memadam merosakkan Website Website Israel Keep Support #OpSaveGaza," tegas pengendali MST di laman sosial Facebooknya.
Antara ratusan web Israel yang sudah berjaya di"kaput"kan MST dan rakan-rakan... |
Bagaimanapun, kami yakin bahawa selain dari strategi menyerang, MST juga menyedari tentang tindak balas atau sebarang bentuk serangan balas dari pihak Israel terhadap kepentingan kumpulan itu dan juga negara kita.
Justeru, KedahNews.com mencadangkan supaya MST dan rakan-rakan supaya bersedia dengan sistem pertahanan yang ampuh dan kebal dari serangan puak-puak laknatullah itu.
Kami di KedahNews.com, menyokong penuh tindakan jihad kumpulan MST, serta berdoa agar Allah SWT menghentikan kekejaman yang berlaku di bumi Palestin dan mengembalikan kekejaman tersebut kepada puak yang dilaknat Allah itu. - KedahNews.com