Era FM Dikecam Jemput Kiki Ke Konti


Tindakan radio Era FM menjemput Siti Fairrah Ashyikin Kamarudin atau Kiki yang mengamuk sakan terhadap seorang lelaki warga emas setelah keretanya dilanggar telah mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.

Jemputan itu sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang kepada Kiki memohon maaf secara terbuka khususnya kepada warga emas dikenali sebagai Uncle Sim dan semua rakyat Malaysia yang jelas marah dengan kebiadapannya semasa insiden kemalangan itu berlaku baru-baru ini.

Niat murni Era FM terhadap Kiki mendapat perhatian para pengguna media sosial yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan stesen radio berkenaan.

kiki (1)

Di sini KedahNews.com ingin kongsikan beberapa komen yang diterima menerusi laman Facebook(FB) rasmi ‘Era FM & Era FM’ :

kiki 2


kiki 3


Sumber dari Era FM berkata, pihak mereka telah menjemput Uncle Sim untuk berada bersama Kiki tetapi dia tidak dapat hadir kerana menetap di Kuantan dan mempunyai urusan di balai polis.

 Oleh sebab itu, mereka telah menghubungi Uncle Sim bagi membolehkan Kiki bercakap dengannya sendiri bagi memohon maaf secara terbuka atas perbuatannya dalam insiden kemalangan itu.

Kebanyakkan pengguna FB beranggapan ini adalah satu tindakan yang semata-mata mahu mencari publisiti untuk Kiki.

Era FM juga dikecam hebat kerana pihak mereka dikatakan mungkin telah dibayar oleh wanita itu bagi mengadakan temuramah khas bagi membersihkan nama baik Kiki.

Adakah benar dakwaan ini?

Bagi KedahNews.com, seandainya benar tindakan ini adalah untuk memulihkan kembali hubungan antara Kiki dan Uncle Sim, ia adalah satu tindakan yang positif di samping dapat membuka mata orang ramai yang marah terhadap tindakannya agar dapat menerimanya kembali sebagai sebahagian ‘rakyat’ Malaysia.

Di sini KedahNews.com kongsikan permohonan maaf Kiki yang telah dimuatnaik dalam Youtube.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor