Gambar Terkini Bonda Mukhriz, Tun Siti, Jadi Viral Di Media Sosial


Sudah seminggu gambar terbaru isteri mantan Perdana Menteri ini tersebar di laman-laman sosial dan menjadi viral di kalangan rakyat Malaysia yang mengkagumi beliau.

Tun Dr. Siti Hasmah bukan calang-calang wanita. Beliau terpelajar dan menjadi "tulang belakang" kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang negarawan ulung yang disegani kawan dan lawan.

Bonda kepada Menteri Besar Kedah itu juga pernah mengharungi pelbagai tohmahan dan dikritik hebat khususnya pihak yang berkepentingan politik dari sudut pemakaian tidak bertudung sebelum ini serta disifatkan tidak menutup aurat.

Malah ada suara-suara "sumbang" sebelum ini yang mendakwa wanita idola ramai ini bakal ditempatkan di neraka gara-gara tidak berhijab sebelum ini.

Padahal syurga dan neraka bukanlah hak milik pengkritik-pengkritik itu dan mereka bukannya tuhan yang layak menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka.

GAMBAR: Comel Sungguh Tun Siti Hasmah Bertudung!

KedahNews.com tidak dapat memastikan sama ada penampilan Tun Siti Hasmah itu akan terus dikekalkan atau tidak, namun ramai pihak yang mendoakan agar Tun Siti Hasmah akan terus bertudung selepas ini, termasuk kami.

Apapun, jika benar beliau sudah mengubah penampilannya, tidak perlulah ada yang mempersoalkan ‘kenapa baru sekarang?’ atau ‘kenapa tidak dari dulu lagi?’, bukan? Bukankah semua itu perencanaan Allah SWT?

Syabas kami ucapkan pada Tun Siti Hasmah. Thumbs up! -KedahNews.com