Pejuang Hamas melalui Briged al-Qassam hari ini membuat pengumuman paling mengejutkan dan mengecutkan kerajaan rejim Israel apabila berjaya menangkap dan menawan seorang tentera rejim laknat itu.
Berita tawanan itu turut dilaporkan di agensi berita
antarabangsa seperti CNN dan menyifatkannya sebagai satu pengumuman yang
mencalarkan maruah Israel di peringkat antarabangsa.
Di pihak Zionis bagaimanapun, mereka menafikan bahawa ada askar
mereka telah menjadi tawanan. Biasalah, kalau dah kantoi, mana nak
mengaku bagaimanapun kebenaran pastinya ada pada pihak yang menawan
askar berkenaan.
Menurut laporan laman Facebook Aqsa Syarif, rakyat Palestin dilihat
seperti sudah menyambut ketibaan Aidilfitri lebih awal ekoran kejayaan
Al-Qassam itu.
Briged berkenaan mengumumkan kejayaan itu dengan turut disertakan
dengan nama askar berkenaan Sha’ul Aron dan juga nombor perkhidmatan
tenteranya juga turut didedahkan.
Pada kejayaan sebelum ini, askar Israel, Ghilad Shalit yang juga ditawan merupakan kunci kepada bebasnya 1027 tahanan Palestin. Kita tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan Al-Qassam dengan tawanan ini.
Teriakan takbir bergema di masjid-masjid, manisan dibahagi-bahagikan, seolah-olah Hari Raya sudah tiba.
Sementara itu, CNN melaporan kejayaan itu berlaku semalam ketika satu pertempuran hebat antara Israel dan Hamas berlaku di Gaza.
Wakil Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ron Prosor menafikan laporan itu.
“Tiada askar Israel yang diculik dan ditawan, segala khabar angin berkenaan adalah tidak benar,” katanya.
Menurut jurucakap al-Qassam; Abu Obeida askar Israel itu ditawan ketika operasi pada awal pagi.
“Dia adalah tawanan kami sekarang ini, jika Zionis terus menipu
berkenaan anggota mereka yang meninggal dunia dan cedera, maka nasib
tentera yang ditawan ini adalah tanggungjawab mereka,” katanya Abu
Obeida.
Menurut sumber dari tentera Israel, mereka sedang melakukan siasatan ke atas pengumuman yang memalukan mereka itu.
“Kejayaan itu memang mengejutkan Israel, ia akan mengubah cara Israel
dalam menyerang Gaza kerana mereka akan mula cuba mencari askar
berkenaan,” kata penganalisis ketenteraan CNN Leftenan Kolonel Rick
Francona.
Askar Israel yang ditawan sebelum ini pada 2006, Gilad, dibebaskan
lima tahun kemudian dengan pertukaran lebih 1,000 tawanan Palestin.
Sumber: Mynewshub.my