Seperti pada tahun lepas, untuk tahun ini pihak Google menyediakan sebuah halaman hab khas bersempena dengan bulan Ramadhan.
Melalui halaman khas tersebut, pihak Google menekankan kepada
penggunaan beberapa perkhidmatan mereka, seperti Google Calendar untuk
mencatatkan agenda, Google Maps untuk membuat perancangan perjalanan,
Google Keep untuk menyimpan nota dan sebagainya.
Google turut mengumpulkan sejumlah video khas daripada YouTube yang
meliputi beberapa perkara, termasuk berkaitan resipi makanan, dan
beberapa perkara lain berkaitan dengan Ramadhan.
Tidak ketinggalan adalah halaman di PlayStore, mengetengahkan
beberapa aplikasi yang terdiri daripada yang berkaitan berkenaan
fotografi, sehinggalah pencarian resipi, dan sebagainya.