Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong menyifatkan Lim Guan Eng sebagai seorang “pelakon” yang hebat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu menangis di depan orang ramai dalam satu majlis di negeri itu baru-baru ini.
GERAKAN mendakwa air mata Guan Eng
sewaktu melawat dan menyerahkan cek sebanyak RM20,000 kepada rumah
kebajikan The Lighthouse yang memberi makan kepada gelandangan sebagai
“wayang” semata-mata.
"Wayang sebegitu rupa oleh beliau tidak akan menyelesaikan masalah gelandangan,” kata Tong Keong yang dipetik dari media baru-baru ini.
Dalam lawatan tersebut, Guan Eng berkata dia tersentuh melihat golongan gelandangan makan
dan dilihat mengesat air mata.
Guan Eng turut sempat mengumumkan insiden itu menerusi akaun Twitter
miliknya yang beliau berasa agak emosi pada ketika itu.
Gambar Guan Eng berpakaian batik hitam putih sambil menangis tersebar di
dalam beberapa akhbar dan turut dikongsi oleh orang ramai menerusi laman-laman media sosial.
Isu yang membabitkan golongan gelandangan kini menjadi
modal politik Pakatan Rakyat apabila sering
menuduh pihak kerajaan tidak mengambil peduli mengenai nasib golongan tersebut dan mendakwa golongan itu akan ditindas kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini meluangkan masa melawat golongan gelandangan dalam tujuan menyelami keadaan nasib mereka dan meluahkan hasrat untuk menyelesaikan masalah golongan itu.
Bagaimanapun, DAP memperlekeh usaha dan tindakan Najib tersebut serta mendakwa kononnya Perdana Menteri tidak mampu menyelesaikan masalah golongan gelandangan di ibu negara. -KedahNews.com